Treatment Pedang Sakti
EXT - SEKOLAH- Day
Joe dan Ben sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bersama-sama. Mereka berjalan dengan sangat lemah dan penat. Tambahan pula, cuaca pada ketika itu sangat panas. Sedang mereka berjalan, Ben mula bercakap akan keinginannya.
BEN
Weh Joe, kalau dapat mandi sungai ni kan best. Cuaca panas macam gini memang heaven kalau mandi sungai.
JOE
Yer laa.. eh baru aku teringat yang ade satu sungai dekat kampung sebelah..alaa tak jauh pon, dalam 500 meter depan tu sikit jer.
EXT - SUNGAI - DAY
Mereka samapai di sungai. Ben dengan pantas membuka baju dan seluarnya untuk mandi. Joe pula sedang mencari tempat berehat yang sesuai untuk meletakkan beg dan pakaian mereka. Setelah jumpa, Joe pula membuka pakaiannya untuk mandi. Tidak lama selepas itu, Joe pon turut turun mandi bersama Ben. Mereka sedang berseronok bermandi manda di sungai itu. Joe sudah penat mandi manakala Ben masih lagi tak puas.
BEN
Alaa Joe, awalnya kau naik atas? Meh laa sini...aku bosan laa kau tak ade.
JOE
Weh... aku sejuk laa. Lain laa kau, lemak banyak lambat sejuk..aku ni kurus, cepat laa sejuk..aku duduk dekat situ jer, tak jauh pon.
Joe mengeringkan badannya di tempat berehatnya sambil memerhatikan gelagat aneh Ben yang sedang mandi di sungai. Tetiba, Joe terperasan ada sesuatu yang bersinar di dasar sungai yang tidak jauh dari kawasan mereka mandi tadi. Joe mendekati kawasan benda bersinar itu dan terjun ke dalam sungai. Joe mula berasa hairan dengan benda tersebut dan cuba menggapainya dengan tangan. Tiba-tiba Ben menjerit dari jauh.
BEN
Weh Joe, kau buat apa dekat situ? Cari ikan ker cari kupang?
Ben mula berasa curiga dengan kelakuan Joe yang tidak menyahut panggilannya tadi. Ben pon mula mendekati Joe dengan berjalan di dalam sungai tersebut. Joe cuba menarik benda yang bersinar di dasar sungai itu. Ianya seakan-akan tersangkut dengan akar pokok di dasar sungai itu. Joe menarik dengan kuat dan berjaya menarik benda tersebut. Rupa-rupanya, sebilah pedang kontot yang tersangkut di dalam sunagi itu. Ben menyapa Joe dari belakang.
BEN
Weh, amende tu? Wah… pedang kontot. Mana kau dapat ni? Nampak macam pelik jer warna pedang ni…siap dengan lumpur pulak tu..eei tak minat aku dengan pedang macam gini.
JOE
Pedang ni aku jumpa dekat dasar sungai tadi tersangkut dengan akar pokok ni. Alaaa.. kotor-kotor lumpur ni boleh bersihkan pakai sabun… tapi aku nak simpan pedang ni..siapa jumpa dia yang punya..kau pasti tak nak kan
BEN
Eei..tak nak aku pedang kontot macam gitu.
Joe masih lagi kagum dengan pedang yang baru dijumpainya itu. Dia seakan-akan seperti mendapat permata di dalam lumpur. Ben pula tidak mengendahkan Joe yang seronok dengan pedangnya itu.
No comments:
Post a Comment