PEDANG SAKTI
Cerita ini mengisahkan tentang dua orang kawan baik baik yang bernama Joe atau Joe Jambu (JJ) dan Ben atau Ben Boroi (BB). Persahabatan mereka sangat rapat sejak dari sekolah rendah lagi. Mereka diibaratkan adik beradik kerana keakraban persahabatan mereka. Mereka saling menjaga satu sama lain sehingakan sanggup berkongsi suka dan duka mereka bersama.
Hari Selasa petang, mereka sedang pulang ke rumah sambil berjalan kaki. Mereka sedang berjalan menyusuri jalan yang berdekatan sungai di kampung sebelah. Joe dan Ben mandi sungai kerana cuaca yang sangat panas ketika itu. Sedang mereka mandi, Joe ternampak kelibat sinaran yang terang di dalam sungai tersebut. Joe pergi mendekati sinaran itu dan menyelam dan mengambil benda tersebut. Rupanya, sebilah pedang kontot yang tenggelam di dalam dasar sungai tersebut. Joe memanggil ben yang sedang seronok mandi. Pada rupanya sahaja, pedang kontot ini seperti tidak memberi apa-apa kuasa dan tidak menarik. Akan tetapi Joe berkeras inginkannya dan tidak mahu berkongsi dengan Ben dan mengatakan siapa yang jumpa dan dia yang berhak memilikinya. Ben pon tidak mengendahkan Joe yang seronok dengan pedangnya.
Keesokkannya, Cikgu Matematik mengadakan kuiz mengejut di dalam kelas. Semua pelajar kelihatan keluh kesah dan sibuk membelek buku rujukan sebelum cikgu matematik memulakan kuiz. Keadaan kelas tersebut menjadi riuh dengan pelajar yang bertungkus lumus membaca. Semua pelajar sibuk dengan buku-buku mereka, akan tetapi Joe dengan bertenang di meja dan tidak membelek buku rujukan langsung. Joe seakan-akan seperti bersedia dengan segala jenis peluru untuk berperang di medan perang. Ketenangan Joe telah diperhatikan oleh Ben, dia merasa aneh kerana kebiasaannya Joe akan keluh kesah dengan pelajarannya terutama sekali apabila adanya kuiz. Kuiz bermula, dan tidak sampai setengah jam, Joe berdiri dan menghantar kertas jawapan. Satu kelas terkejut dengan Joe kerana dia tidak pernah hantar kertas jawapan seawal itu kecuali paling last. Selepas cikgu menyemak kertas jawapan, ternyata Joe mendapat markah yang paling tinggi.
Ben mula merasa hairan dengan Joe sejak dia menjumpai pedang kontot di sungai semalam. Ben mula mensyaki pedang tersebut memberi kuasa sakti kepada Joe. Pada waktu rehat, Joe mengeluarkan pedang kontot tersebut ke dalam kelas. Semua kawan Joe mendekatinya dan kagum dengan pedang tersebut. Joe merasa bangga dengan pedang tersebut. Selepas itu, Joe mengajak kawannya pergi ke kantin akan tetapi terlupa akan Ben yang berada di belakang mereka. Ben mula berasa marah dan merancang mencuri pedang tersebut. Selepas Joe dan kawannya pergi ke kantin, Ben pergi ke beg Joe dan mencuri pedang tersebut.
Selepas habis waktu sekolah, Joe menegur Ben dan bertanya tentang kuiz pagi tadi. Ben tidak melayan kawan baiknya dan memarahi Joe dan berkata Pergilah kau dengan kawan-kawan baru tadi, Aku ni ape yang ade?. Ben segera pulang meninggalkan Joe. Sedang Joe pulang, Joe mula perasan yang begnya terasa ringan tidak seperti pagi tadi. Dia baru tersedar, pedang kontotnya sudah hilang. Dia pon berasa tercari-cari dan pergi ke kelas dan tidak menjumpainya, dia pon pulang dengan kesedihan.
Di bilik Ben, dia mula mengambil pedang kontot dan membelek-belek pedang tersebut. Namun, tidak apa-apa yang berlaku. Ben mula rasa tertipu dengan Joe. Ben sudah puas memikirkan tentang pedang kontot yang memberi apa-apa kuasa itu. Dalam kepenatan itu, Ben tertidur di katilnya. Dia bermimpi tentang keakraban persahabatan dia dan Joe. Mereka mandi sungai bersama-sama, makan di kantin bersama-sama dan pulang dari sekolah pon bersama-sama. Beberapa detik selepas itu, Ben tersedar dan memikirkan balik tentang persahabatan mereka yang akrab dahulunya kini sudah pudar.
Ben bertekad pergi ke rumah Joe dengan membawa pedang kontot tersebut. Ben meminta maaf dengan Joe akan kesilapannya yang mencuri pedang dan memarahi Joe di sekolah tadi. Joe pon memaafkan Ben dan menerangkan bahawa pedang itu tidak memberi apa-apa kuasa sebenarnya. Malam semalam, sebenarnya Joe membuat latihan dan rujukan tentang subjek Matematik tanpa bantuan mana-mana kuasa sakti pedang tersebut. Dan hasilnya, Joe mendapat markah tertinggi di dalam kelas. Ben merasa malu kerana berfikiran negatif dan bersangka buruk dengan kawan baiknya sendiri. Joe memutuskan untuk membuang pedang tersebut ke dalam sungai semalam kerana kewujudan pedang kontot itu telah meleraikan persahabatan mereka yang telah lama akrab. Petang itu juga mereka pergi ke sungai tersebut dan membuang pedang kontot itu ke dalam sungai dan membiarkannya hanyut dengan arus sungai tersebut. Akhirnya, mereka menjadi kawan baik dengan lebih rapat dan tidak mencemburui satu sama lain.
No comments:
Post a Comment